Tuesday 27 October 2015

Jamuan Tahun 6 2015

Hari ini nak cerita tentang jamuan murid tahun 6 2015........

Jamuan ini telah diadakan pada 24 Oktober 2015..bersamaan dengan hari sabtu..bertempat di Hotel Premiera  bersebelahan dengan bangunan Mara...

Sebagai penyelaras tahun 6 risau juga dapat tak diadakan jamuan ini...sedangkan pada minggu ini dan 3 hari sekolah dicutikan akibat daripada bencana jerebu...adusss...mcmana ni..??????

wssp la penghubung kami sekarng..he..he..he...cekap sir bob buat group jamuan utk mendapat persetujuan ibubapa bagi meneruskan jamuan ini....Alhamdulillah...rata2 ibubapa bersetuju untuk meneruskan jamuan ini dengan mengambil langkah2 keselamatan.....

Nasib baik sekolah dibuka pada hari Jumaat sehari sebelum hari berlangsungnya jamuan ini...dapatla beri taklimat secara berdepan dengan anak2 didik yg akan turut serta jamuan ini...

Kerjasama daripada Ajk tahun 6 amat bermakna..semuanya memberi kerjasama yg padu..terima kasih kepada Sir Bob penyelaras jamuan ini dapat memastikan kelancaran dan turut serta walaupun anak masuk wad ...tidak dilupakan juga pn Mariam,Pn Roslah dan pn Lin turut serta ke jamuan kali ini...tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada kak mejum kita(pn Maizon) yg memberi sokongan setiap tahun ikut serta jamuan tahun 6   kepada guru2 kelas yg hebat pn mizah,cik idaya dan pn st khadijah...terbaik tu..

Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada pn nooraini dan pn mariati yg bertungkus lumus mengumpul ,membalut dan menguruskan cabutan bertuah.....

Dan akhir sekali jutaan terima kasih kepada semua guru  yang memberi sumbangan hadiah untuk murid tahun 6 dalam acara cabutan bertuah ....murah hati sungguh cikgu Convent sentul 2 ni....harap2 tahun depan boleh beri lg..

santapan mata ..sekitar sebelum ,semasa dan selepas jamuan tahun 6 2015


ceria semuanya perjalanan pergi..dlm tren............seronok diorang naik tren dengan kawan2..


cikgu pun tumpang seronok ....cikgu st,cikgu dayah,hai pn lillian dgn pn azlilawati......















tersenyum  semuanya..tak sabar nak sampai kat hotel ni..perut dan berbunyi,,ni,,,


bila dah sampai apa lg...makan la..tempatnya selesa,makanan pun sedap..banyak pilihan..itu la apa yang murid2 saya cakap..he..he..he..

banyak lg gambarnya..nanti cikgu sambung ya....assalamualaikum...